17 Sesiapa yang membunuh orang mesti dihukum mati,
18 dan sesiapa yang membunuh binatang orang lain mesti mengganti binatang orang itu. Dasarnya adalah nyawa ganti nyawa.
19 Apabila seseorang menyebabkan orang lain cedera, apa sahaja yang sudah dilakukannya harus dilakukan juga terhadap dia.
20 Jika dia mematahkan tulang orang lain, tulangnya juga mesti dipatahkan. Jika dia membutakan satu belah mata orang lain, maka satu belah matanya juga mesti dibutakan. Jika dia mematahkan satu biji gigi orang lain, maka satu biji giginya juga mesti dipatahkan. Apa sahaja yang dilakukannya sehingga orang lain cedera, mesti juga dilakukan terhadap dia sebagai pembalasan.
21 Sesiapa yang membunuh binatang mesti mengganti binatang itu, tetapi sesiapa yang membunuh orang mesti dihukum mati.
22 Hukum ini berlaku untuk kamu semua, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan kamu, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu.”
23 Setelah Musa menyampaikan firman itu kepada umat Israel, mereka membawa orang yang mengutuk Allah itu ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati. Dengan demikian umat Israel melakukan apa yang sudah diperintahkan TUHAN kepada Musa.