3 Tiap-tiap malam Harun harus memasang pelita itu dan membiarkannya menyala sehingga pagi. Pelita itu harus diletakkan di hadirat TUHAN, di luar tirai yang di hadapan Tabut Perjanjian di Bilik Maha Suci. Perintah ini mesti dipatuhi selama-lamanya.
4 Harun mesti mengurus pelita-pelita yang diletakkan di atas kaki pelita yang dibuat daripada emas tulen, supaya semuanya selalu menyala di hadirat TUHAN.
5 Ambillah dua puluh empat kilogram tepung yang terbaik dan buatlah dua belas buku roti; satu buku roti dibuat daripada dua kilogram tepung terbaik.
6 Letakkan roti-roti itu dalam dua baris, enam buku roti pada setiap baris, di atas meja yang disaluti emas tulen, yang terletak di dalam Khemah TUHAN.
7 Bubuhlah kemenyan tulen di atas tiap-tiap baris roti. Hal ini menandakan bahawa roti itu persembahan makanan untuk TUHAN.
8 Untuk selama-lamanya, pada setiap hari Sabat, roti itu mesti diletakkan di dalam Khemah TUHAN. Inilah kewajipan umat Israel selama-lamanya.
9 Roti itu untuk Harun dan keturunannya. Mereka mesti makan roti itu di tempat yang suci, kerana roti itu bahagian yang sangat suci daripada persembahan makanan yang dipersembahkan kepada TUHAN untuk para imam.