12 Jika seseorang mempersembahkan seekor kambing, dia harus membawa kambing itu ke Khemah TUHAN.
13 Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala kambing itu, lalu menyembelihnya di hadapan Khemah TUHAN. Imam-imam akan menyiramkan darah kambing itu pada keempat-empat sisi mazbah,
14 lalu mempersembahkan bahagian berikut daripada kambing itu sebagai persembahan makanan kepada TUHAN: semua lemak yang membungkus isi perut,
15 buah pinggang serta lemaknya, dan bahagian yang terbaik daripada hati kambing itu.
16 Imam yang bertugas akan membakar semuanya di atas mazbah. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN. Semua lemak binatang adalah untuk TUHAN.
17 Orang Israel sekali-kali tidak boleh makan lemak atau darah. Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua orang Israel sampai selama-lamanya, di mana sahaja mereka tinggal.