13 Di samping itu, dia harus mempersembahkan roti yang dibuat dengan ragi.
14 Dia harus mempersembahkan sebahagian daripada tiap-tiap jenis roti itu sebagai persembahan istimewa kepada TUHAN; semua ini akan menjadi milik imam yang mengambil darah binatang itu, lalu menyiramkannya pada mazbah.
15 Daging binatang itu mesti dimakan pada hari binatang itu dipersembahkan; sedikit pun tidak boleh ditinggalkan sehingga esok pagi.
16 Apabila seseorang mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, dengan maksud menunaikan nazarnya atau sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela, tidak perlu seluruh korban itu dimakan pada hari korban itu dipersembahkan. Sisa korban itu boleh dimakan pada keesokan harinya.
17 Tetapi jika ada daging yang masih tersisa sehingga hari ketiga, daging itu mesti dibakar semuanya.
18 Jika sedikit pun daripada sisa daging itu dimakan pada hari ketiga, korban itu tidak akan diterima oleh Allah. Korban itu tidak menjadi berkat bagi orang itu, malah menjadi haram. Sesiapa sahaja yang makan sisa daging itu akan bersalah dan harus menanggung akibatnya.
19 Daging yang terkena apa sahaja yang najis tidak boleh dimakan, tetapi mesti dibakar semuanya.Orang yang tidak najis boleh makan daging daripada korban itu.