32 Paha kanan binatang itu harus diberikan sebagai persembahan istimewa
33 kepada imam yang mempersembahkan darah dan lemak daripada korban untuk memohon berkat TUHAN.
34 Dada dan paha kanan binatang itu adalah persembahan istimewa yang diambil oleh TUHAN daripada umat-Nya untuk diberikan kepada para imam. Bahagian inilah yang mesti diberikan oleh umat Israel kepada imam selama-lamanya.
35 Inilah bahagian persembahan makanan untuk TUHAN yang diberikan kepada Harun dan anak-anaknya pada hari mereka ditahbiskan menjadi imam.
36 Pada hari itu TUHAN memerintah umat Israel supaya memberikan bahagian ini kepada para imam. Inilah peraturan yang mesti ditaati oleh umat Israel selama-lamanya.
37 Demikianlah peraturan bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk membayar ganti rugi, korban yang dipersembahkan semasa pentahbisan, dan korban untuk memohon berkat TUHAN.
38 TUHAN memberikan perintah-perintah ini kepada Musa di atas Gunung Sinai, di padang gurun itu, pada hari Dia menyuruh umat Israel mempersembahkan korban mereka.