8 Kulit binatang yang dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, menjadi milik imam yang mempersembahkan korban itu.
9 Tiap-tiap korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, sama ada korban itu dibakar di dalam ketuhar, atau dimasak di dalam kuali, ataupun dimasak di atas pemanggang, menjadi milik imam yang mempersembahkan korban itu.
10 Tetapi semua korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, iaitu korban yang belum dimasak, baik yang sudah dicampuri minyak mahupun yang kering, menjadi milik imam keturunan Harun dan mesti dibahagi sama rata antara mereka.
11 Inilah peraturan bagi korban untuk memohon berkat TUHAN yang dipersembahkan kepada TUHAN.
12 Jika seseorang mempersembahkannya sebagai korban kesyukuran kepada Allah, dia harus mempersembahkan roti yang tidak beragi bersama-sama binatang yang dipersembahkan itu. Roti itu boleh tebal, yang dibuat daripada tepung bercampur minyak zaitun, atau roti tipis yang disapu dengan minyak zaitun, ataupun kuih yang dibuat daripada tepung bercampur minyak zaitun.
13 Di samping itu, dia harus mempersembahkan roti yang dibuat dengan ragi.
14 Dia harus mempersembahkan sebahagian daripada tiap-tiap jenis roti itu sebagai persembahan istimewa kepada TUHAN; semua ini akan menjadi milik imam yang mengambil darah binatang itu, lalu menyiramkannya pada mazbah.