27 Dia meletakkan semua makanan itu di tangan Harun dan anak-anaknya, lalu mereka mempersembahkan semuanya sebagai persembahan istimewa bagi TUHAN.
28 Kemudian Musa mengambil makanan itu daripada mereka dan membakarnya di atas mazbah, di atas korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sebagai korban yang dipersembahkan semasa pentahbisan. Korban ini adalah persembahan makanan, dan baunya menyenangkan hati TUHAN.
29 Selepas itu Musa mengambil dada domba itu dan mempersembahkannya sebagai persembahan istimewa bagi TUHAN. Itulah bahagian bagi Musa daripada domba jantan yang dipersembahkan untuk pentahbisan imam. Musa melakukan segala-galanya sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.
30 Musa mengambil sedikit minyak upacara dan juga sedikit darah yang di atas mazbah, lalu merenjiskannya pada Harun dan anak-anaknya serta pakaian mereka. Dengan cara ini Musa mentahbiskan mereka serta pakaian mereka bagi TUHAN.
31 Musa berkata kepada Harun dan anak-anaknya, “Bawalah daging korban ini ke pintu Khemah TUHAN dan rebuslah daging itu di situ. Kamu harus memakannya di sana dengan roti yang dipersembahkan semasa pentahbisan, iaitu roti yang ada di dalam bakul, sebagaimana yang diperintahkan oleh TUHAN.
32 Bakarlah semua sisa daging dan roti.
33 Janganlah kamu keluar dari pintu Khemah itu selama tujuh hari, sehingga upacara pentahbisan kamu selesai.