6 Serigala akan tinggal dengan domba,dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing.Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama,dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
7 Lembu dan beruang akan makan bersama-sama,dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang.Singa akan makan rumput seperti lembu.
8 Bahkan bayi tidak akan cedera,apabila bermain dekat ular berbisa.
9 Di Sion, Bukit Suci Allah,tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya.Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHANsebagaimana lautan penuh dengan air.
10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur.
11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.
12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.