1 Inilah perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang diberikan Allah kepada Yesaya anak Amos:
2 Pada masa hadapanbukit tempat Rumah TUHANakan menjadi bukit yang tertinggiantara segala bukit yang lain.Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana,
3 dan mereka akan berkata,“Marilah kita pergi ke bukit TUHAN,ke rumah Allah Israel.Dia akan mengajar kita tentang kehendak-Nya;dan kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya,kerana ajaran TUHAN berasal dari Yerusalem;dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.”
4 Dia akan menghakimi bangsa-bangsa,dan menyelesaikan perselisihan mereka.Mereka akan menempa pedang menjadi bajak,dan tombak menjadi pisau pemangkas.Bangsa-bangsa tidak lagi berperang,dan tidak lagi bersiap untuk menyerang.
5 Hai keturunan Yakub,marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!
6 Ya Allah, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub! Negeri ini penuh dengan ilmu sihir dari timur dan dari negeri orang Filistin. Penduduk meniru adat istiadat orang bangsa asing.
7 Negeri mereka penuh dengan perak dan emas; harta benda mereka tidak terhingga. Kuda mereka amat banyak dan kereta kuda mereka tidak terbilang.
8 Negeri mereka penuh dengan berhala, dan mereka menyembah patung-patung yang dibuat oleh mereka sendiri.
9 Tiap-tiap orang akan dihinakan dan dipermalukan. Jangan ampuni mereka, ya TUHAN!
10 Mereka akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya!
11 Harinya akan tiba apabila kesombongan manusia dilenyapkan, dan keangkuhan manusia dimusnahkan. Barulah TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan.
12 Pada hari itu TUHAN Yang Maha Kuasa akan merendahkan semua orang yang meninggikan diri, dan menghukum semua orang yang sombong.
13 Dia akan memusnahkan pokok-pokok sedar yang tinggi di Lebanon, dan semua pokok besar di Basan.
14 Dia akan meratakan gunung-gunung tinggi dan bukit-bukit,
15 serta merobohkan tiap-tiap menara tinggi dan tembok kubu.
16 Bahkan kapal-kapal yang terbesar dan terindah akan ditenggelamkan-Nya.
17-18 Kesombongan manusia akan dilenyapkan, dan keangkuhan manusia akan dimusnahkan. Berhala-berhala akan lenyap sama sekali, dan TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan pada hari itu.
19 Orang akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa dan kemuliaan-Nya apabila Dia datang untuk menggoncang bumi.
20 Pada hari itu kelak, orang akan membuang berhala yang dibuat daripada perak dan emas, serta meninggalkan semuanya untuk tikus dan kelawar.
21 Apabila TUHAN datang untuk menggoncang bumi, orang akan bersembunyi di dalam lubang dan di dalam gua di bukit-bukit batu untuk melarikan diri daripada kemurkaan-Nya, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya.
22 Oleh itu jangan percaya kepada manusia fana kerana mereka tidak berharga.