9 Di Sion, Bukit Suci Allah,tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya.Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHANsebagaimana lautan penuh dengan air.
10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur.
11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.
12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
13 Kerajaan Israel tidak lagi iri hati terhadap Yehuda, dan Yehuda pun tidak lagi memusuhi Israel.
14 Mereka bersama-sama akan menyerang orang Filistin di sebelah barat dan menjarahi penduduk di sebelah timur. Mereka akan mengalahkan penduduk Edom dan Moab. Penduduk Amon akan takluk kepada mereka.
15 TUHAN akan mengeringkan Teluk Suez. Dia akan membuat angin panas bertiup sehingga Sungai Efrat menjadi tujuh batang anak sungai yang cetek, dan sesiapa pun dapat menyeberanginya dengan berjalan kaki.