19 tetapi engkau tidak mempunyai kubur sekalipun. Mayatmu dibuang dan dibiarkan sehingga mereput serta ditimbuni mayat askar-askar yang gugur dalam peperangan. Semuanya dilempar ke dalam lubang yang berbatu. Seperti bangkai yang dipijak-pijak,
20 engkau tidak akan dimakamkan seperti raja-raja lain kerana engkau telah memusnahkan negerimu dan membunuh rakyatmu sendiri. Tiada seorang pun antara anggota keluargamu yang zalim itu akan diselamatkan. Semuanya akan mati.
21 Pembantaian akan segera dimulakan. Anak-anak raja ini akan mati kerana dosa nenek moyang mereka. Tiada seorang pun antara mereka akan memerintah bumi ataupun membina kota-kota.”
22 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan menyerang dan memusnahkan Babel. Aku tidak akan membiarkan apa-apa pun hidup, baik kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Aku, TUHAN telah berfirman.
23 Aku akan mengubah Babel menjadi paya, dan landak akan tinggal di sana. Aku akan memusnahkan Babel. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
24 TUHAN Yang Maha Kuasa bersumpah, “Perkara yang telah Aku rancangkan pasti berlaku. Perkara yang sudah Aku tentukan pasti terjadi.
25 Aku akan membinasakan orang Asyur di Israel negeri-Ku itu, dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Aku akan membebaskan umat-Ku daripada penindasan orang Asyur dan daripada beban yang dipikul mereka.