2 Banyak bangsa akan menolong umat Israel pulang ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka. Di sana bangsa-bangsa akan menjadi abdi kepada Israel. Mereka yang dahulu menawan Israel, akan ditawan oleh Israel. Umat Israel akan memerintah bangsa-bangsa yang pernah menindas mereka.
3 TUHAN akan mengakhiri kesakitan dan penderitaan umat Israel. Dia akan membebaskan mereka daripada kerja berat yang dipaksakan kepada mereka.
4 Apabila TUHAN melakukan hal itu, mereka akan mengejek raja Babilonia begini,“Raja yang kejam sudah jatuh! Dia tidak dapat menindas sesiapa pun lagi!
5 TUHAN telah menamatkan kuasa pemerintah-pemerintah zalim
6 yang menindas bangsa-bangsa dengan marah dan terus-menerus menganiaya mereka.
7 Akhirnya seluruh dunia menikmati keamanan dan ketenteraman, dan semua orang bernyanyi dengan sukacita.
8 Pokok sipres dan pokok sedar di Lebanon pun bersorak-sorak kerana kejatuhan raja itu, dan tiada sesiapa lagi akan menebang pokok-pokok itu sesudah raja itu pergi.