8 Ladang dekat Hesybon dan ladang anggur di Sibma telah musnah - ladang yang menghasilkan wain untuk pemerintah bangsa-bangsa dan memabukkan mereka. Pada suatu masa dahulu ladang anggur itu meluas sampai ke kota Yaezer, dan ke timur sampai ke padang gurun, dan ke barat sampai ke seberang Laut Mati.
9 Tetapi sekarang aku menangisi pokok anggur Sibma sebagaimana aku menangisi Yaezer. Aku mencucurkan air mata untuk Hesybon dan Eleale, kerana tiada lagi hasil tanaman untuk menyukakan hati orang.
10 Sekarang tiada sesiapa pun yang bersukacita di tanah yang subur itu. Tiada sesiapa pun yang bersorak atau bernyanyi di ladang-ladang anggur. Tiada lagi orang yang memeras buah anggur. Sorakan gembira mereka sudah berhenti.
11 Aku mengeluh dengan sedih melihat keadaan Moab dan Kir-Heres.
12 Orang Moab bersusah payah mendaki bukit ke tempat ibadat mereka untuk berdoa, tetapi usaha mereka sia-sia sahaja.
13 Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh TUHAN tentang Moab;
14 tetapi sekarang TUHAN berfirman, “Dalam masa tiga tahun, segala kekayaan yang dibanggakan oleh Moab akan lenyap. Penduduknya yang banyak akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”