6 Hanya sedikit orang yang akan terselamat. Ketika itu Israel akan menjadi seperti pokok zaitun yang buahnya habis dipetik, dan tinggal beberapa biji sahaja pada bahagian atas sekali atau pada dahan yang rendah. Aku, TUHAN, Allah Israel, telah berfirman.”
7 Apabila hari itu tiba kelak, orang akan kembali minta tolong kepada Pencipta mereka, Allah Israel, Allah yang suci.
8 Mereka tidak lagi bergantung kepada mazbah-mazbah buatan mereka sendiri, ataupun berharap kepada karya tangan mereka sendiri, iaitu patung-patung Dewi Asyera dan mazbah-mazbah untuk membakar kemenyan.
9 Apabila hari itu tiba kelak, kota-kota yang kuat pertahanannya akan menjadi runtuhan dan lengang seperti kota-kota yang ditinggalkan orang Hewi dan orang Amori ketika mereka lari daripada orang Israel.
10 Hai Israel, engkau telah melupakan Allah yang menyelamatkan engkau, dan yang melindungi engkau seperti gunung batu. Sebaliknya engkau telah menanami kebun-kebun indah untuk dewa-dewa.
11 Walaupun tanaman itu bertunas dan berbunga pada pagi engkau menanamnya, namun tidak akan ada hasil apa-apa; yang ada hanya kesusahan dan kesakitan yang tidak dapat disembuhkan.
12 Bangsa-bangsa yang kuat menjadi riuh, dan gemuruhnya seperti gelora ombak laut yang kuat.