1 Inilah perkhabaran TUHAN tentang Mesir.TUHAN datang ke Mesir mengendarai awan yang laju. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan penduduk Mesir hilang semangat.
2 TUHAN berfirman, “Aku akan menyebabkan perang saudara di Mesir: saudara melawan saudara, jiran melawan jiran, kota melawan kota, dan raja melawan raja untuk merebut kuasa.
3 Aku akan menggagalkan rancangan orang Mesir dan mematahkan semangat mereka. Mereka akan minta pertolongan daripada berhala-berhala mereka, minta nasihat dan petunjuk daripada bomoh dan arwah.
4 Tetapi Aku akan menyerahkan orang Mesir kepada seorang raja yang zalim. Mereka akan dijajah olehnya. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
5 Air Sungai Nil akan surut dan beransur-ansur mengering.