8 Tiap-tiap nelayan yang menangkap ikan di Sungai Nil akan meratap dan menangis; pancing dan jala mereka tidak berguna lagi.
9 Orang yang membuat kain linen akan putus asa;
10 penenun dan buruh upahan akan bersedih dan patah semangat.
11 Pemimpin-pemimpin kota Zoan sungguh dungu! Penasihat-penasihat raja Mesir memberikan nasihat yang bodoh! Alangkah beraninya mereka memberitahu raja bahawa merekalah yang menggantikan orang bijak serta raja purbakala!
12 Hai raja Mesir, di manakah penasihat raja yang bijak-bijak itu? Mungkin mereka dapat meramalkan rancangan TUHAN Yang Maha Kuasa bagi Mesir.
13 Pemimpin Zoan dan Memfis sungguh bodoh! Seharusnya mereka memimpin bangsa itu, tetapi mereka telah menyesatkan bangsa itu.
14 TUHAN sengaja menyebabkan mereka memberikan nasihat yang mengelirukan. Akibatnya, Mesir salah dalam segala hal dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk tergelincir di atas muntahnya sendiri.