13 Dia akan memusnahkan pokok-pokok sedar yang tinggi di Lebanon, dan semua pokok besar di Basan.
14 Dia akan meratakan gunung-gunung tinggi dan bukit-bukit,
15 serta merobohkan tiap-tiap menara tinggi dan tembok kubu.
16 Bahkan kapal-kapal yang terbesar dan terindah akan ditenggelamkan-Nya.
17-18 Kesombongan manusia akan dilenyapkan, dan keangkuhan manusia akan dimusnahkan. Berhala-berhala akan lenyap sama sekali, dan TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan pada hari itu.
19 Orang akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa dan kemuliaan-Nya apabila Dia datang untuk menggoncang bumi.
20 Pada hari itu kelak, orang akan membuang berhala yang dibuat daripada perak dan emas, serta meninggalkan semuanya untuk tikus dan kelawar.