1 Malanglah kerajaan Israel! Kemuliaannya telah pudar seperti karangan bunga yang layu di atas kepala pemimpin-pemimpinnya yang mabuk. Malanglah kota yang menjulang tinggi di tengah lembah subur, kebanggaan orang yang terbaring mabuk dan tidak sedar lagi.
2 Lihatlah, Tuhan mengutus seorang yang kuat dan perkasa, siap untuk menyerang mereka; seorang yang akan datang seperti angin ribut disertai hujan batu, seperti hujan lebat, dan seperti air bah yang membanjiri tanah. Dia menghempaskan mereka ke tanah.
3 Kehormatan pemimpin-pemimpin yang mabuk itu akan diinjak-injak.
4 Kemuliaan para pemimpin yang sombong sudah mulai pudar dan akan lenyap. Kesudahan mereka seperti buah ara yang masak sebelum musim buah; sebaik sahaja dilihat orang, buah itu dipetik lalu dimakan.
5 Masanya akan tiba apabila TUHAN Yang Maha Kuasa menjadi seperti karangan bunga yang indah bagi umat-Nya yang terselamat.