6 Dia akan memberikan sikap adil kepada para hakim, dan keberanian kepada orang yang mempertahankan pintu gerbang kota daripada serangan.
7 Bahkan nabi dan imam pun terlalu mabuk sehingga mereka berjalan terhuyung-hayang. Mereka minum terlalu banyak wain dan arak sehingga mereka tersandung kerana kebingungan. Nabi-nabi terlalu mabuk sehingga tidak dapat memahami penglihatan yang diberikan Allah, dan imam-imam terlalu mabuk sehingga tidak dapat mengadili perkara yang dibawa kepada mereka.
8 Meja mereka penuh dengan muntah dan tiada sebahagian pun yang bersih.
9 Mereka merungut tentang aku. Kata mereka, “Pada sangkanya dia mengajar siapa? Siapakah memerlukan penjelasannya? Perkara itu hanya berfaedah bagi anak-anak yang baru cerai susu!
10 Dia hendak mengajar kita huruf demi huruf, kata demi kata, dan ayat demi ayat.”
11 Jika kamu enggan mendengarkan aku, maka Allah akan menggunakan orang bangsa asing yang berbahasa asing dan berloghat aneh untuk mengajar kamu.
12 Dia menawarkan rehat dan keselesaan kepada kamu semua, tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Dia.