9 Mereka merungut tentang aku. Kata mereka, “Pada sangkanya dia mengajar siapa? Siapakah memerlukan penjelasannya? Perkara itu hanya berfaedah bagi anak-anak yang baru cerai susu!
10 Dia hendak mengajar kita huruf demi huruf, kata demi kata, dan ayat demi ayat.”
11 Jika kamu enggan mendengarkan aku, maka Allah akan menggunakan orang bangsa asing yang berbahasa asing dan berloghat aneh untuk mengajar kamu.
12 Dia menawarkan rehat dan keselesaan kepada kamu semua, tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Dia.
13 Itulah sebabnya TUHAN akan mengajar kamu huruf demi huruf, kata demi kata, dan ayat demi ayat. Kamu akan tersandung apabila kamu berjalan. Kamu akan luka, diperangkap, dan ditawan.
14 Sekarang dengarkanlah firman TUHAN, hai pengejek-pengejek yang memerintah penduduk Yerusalem.
15 Kamu bercakap besar bahawa kamu telah mengikat perjanjian dengan maut dan mengadakan persetujuan dengan dunia orang mati. Kamu yakin bahawa bencana tidak akan menimpa kamu kerana kamu bergantung kepada dusta dan penipuan untuk melindungi diri kamu.