10 TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.
11 Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.
12 Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada orang yang tidak tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata bahawa dia tidak tahu membaca.
13 Tuhan berfirman, “Bangsa ini mengaku menyembah Aku, tetapi kata-kata mereka kosong, dan hati mereka jauh daripada-Ku. Agama mereka hanya peraturan dan adat manusia yang dihafazkan.
14 Oleh itu Aku akan mengejutkan mereka dengan pukulan demi pukulan yang tidak disangka-sangka. Mereka yang bijak akan terbukti bodoh. Segala kepandaian mereka akan menjadi sia-sia.”
15 Malanglah orang yang berusaha untuk menyembunyikan rancangan mereka daripada TUHAN! Dengan diam-diam mereka bertindak dan menyangka tiada sesiapa nampak atau tahu akan perbuatan mereka.
16 Mereka memutar-balikkan segala-galanya. Manakah yang lebih mustahak? Tukang periuk atau tanah liat? Dapatkah benda yang dibuat berkata kepada pembuatnya, ‘Bukan engkau yang membuat aku’? Atau dapatkah benda itu berkata kepadanya, ‘Engkau tidak tahu apa yang engkau buat’?