17 Seperti kata orang, tidak lama lagi hutan rimba akan menjadi ladang, dan ladang akan menjadi hutan rimba semula.
18 Pada hari itu kelak, orang tuli akan dapat mendengar orang membaca kitab, dan orang buta yang telah hidup dalam kegelapan, akan dapat melihat.
19 Orang yang miskin dan hina akan sekali lagi mengalami kebahagiaan yang diberikan oleh TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci.
20 Itulah kesudahan mereka yang menindas orang serta menghina Allah. Tiap-tiap orang berdosa akan dibinasakan.
21 Allah akan membinasakan mereka yang suka memfitnah orang lain, mereka yang mencegah penjenayah menerima hukuman, dan juga saksi-saksi yang berdusta untuk menghalangi orang jujur mendapat keadilan.
22 Oleh itu TUHAN, Allah Israel, yang menyelamatkan Abraham daripada kesusahan berfirman, “Hai umat-Ku, kamu tidak akan dipermalukan lagi; muka kamu tidak lagi pucat kerana malu.
23 Apabila kamu melihat anak-anak yang akan Aku kurniakan kepada kamu kelak, kamu akan mengakui bahawa Akulah Allah Israel, Allah yang suci. Kamu akan menghormati Aku serta takut terhadap Aku.