21 Allah akan membinasakan mereka yang suka memfitnah orang lain, mereka yang mencegah penjenayah menerima hukuman, dan juga saksi-saksi yang berdusta untuk menghalangi orang jujur mendapat keadilan.
22 Oleh itu TUHAN, Allah Israel, yang menyelamatkan Abraham daripada kesusahan berfirman, “Hai umat-Ku, kamu tidak akan dipermalukan lagi; muka kamu tidak lagi pucat kerana malu.
23 Apabila kamu melihat anak-anak yang akan Aku kurniakan kepada kamu kelak, kamu akan mengakui bahawa Akulah Allah Israel, Allah yang suci. Kamu akan menghormati Aku serta takut terhadap Aku.
24 Orang bodoh akan belajar dan faham, dan mereka yang sentiasa bersungut-sungut akan suka menerima pengajaran.”