8 Semua bangsa yang telah berkumpul untuk menyerang Yerusalem akan menjadi seperti seorang kelaparan yang bermimpi dia sedang makan, lalu terjaga tetapi masih lapar, atau seperti seorang kehausan yang bermimpi dia sedang minum, lalu terjaga dengan kerongkongnya masih kering.
9 Berlagaklah bodoh dan buta! Jadilah mabuk tetapi bukan kerana minum wain. Berjalanlah terhuyung-hayang, tetapi bukan kerana minum arak!
10 TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.
11 Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.
12 Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada orang yang tidak tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata bahawa dia tidak tahu membaca.
13 Tuhan berfirman, “Bangsa ini mengaku menyembah Aku, tetapi kata-kata mereka kosong, dan hati mereka jauh daripada-Ku. Agama mereka hanya peraturan dan adat manusia yang dihafazkan.
14 Oleh itu Aku akan mengejutkan mereka dengan pukulan demi pukulan yang tidak disangka-sangka. Mereka yang bijak akan terbukti bodoh. Segala kepandaian mereka akan menjadi sia-sia.”