1 TUHAN berfirman, “Malanglah mereka yang memerintah Yehuda, kerana mereka memberontak terhadap Aku. Mereka melaksanakan rancangan-rancangan yang bukan rancangan-Ku, dan mengikat perjanjian yang menentang kehendak-Ku. Maka bertimbun-timbunlah dosa mereka.
2 Mereka minta tolong daripada Mesir tanpa mohon nasihat-Ku. Mereka bernaung di bawah kerajaan Mesir. Oleh itu, mereka mengharapkan perlindungan daripada raja Mesir.
3 Tetapi raja Mesir tidak berdaya menolong mereka, dan perlindungan yang diharapkan daripada Mesir akan menjadi sia-sia.
4 Walaupun duta-duta Yehuda telah tiba di Zoan dan Hanes, kota-kota Mesir,