3 Tetapi raja Mesir tidak berdaya menolong mereka, dan perlindungan yang diharapkan daripada Mesir akan menjadi sia-sia.
4 Walaupun duta-duta Yehuda telah tiba di Zoan dan Hanes, kota-kota Mesir,
5 namun penduduk Yehuda akan menyesal kerana bersandar kepada bangsa yang tidak boleh diharap, bangsa yang mengecewakan mereka pada masa mereka memerlukan pertolongan.”
6 Demikianlah perkhabaran Allah tentang binatang di gurun sebelah selatan, “Duta-duta berjalan melalui negeri yang berbahaya, yang didiami oleh singa, ular berbisa, dan naga yang boleh terbang. Mereka memuati keldai dan unta dengan hadiah yang mahal-mahal untuk bangsa yang tidak dapat menolong mereka.
7 Pertolongan yang diberikan oleh Mesir itu sia-sia. Oleh itu Aku menyebut Mesir, ‘Naga yang tidak berbahaya.’ ”
8 Allah menyuruh aku mencatat kejahatan umat ini di dalam sebuah kitab, sebagai peringatan untuk selama-lamanya.
9 Mereka sentiasa memberontak terhadap Allah, sentiasa berdusta, dan enggan menurut ajaran-ajaran TUHAN.