8 Allah menyuruh aku mencatat kejahatan umat ini di dalam sebuah kitab, sebagai peringatan untuk selama-lamanya.
9 Mereka sentiasa memberontak terhadap Allah, sentiasa berdusta, dan enggan menurut ajaran-ajaran TUHAN.
10 Mereka menyuruh para nabi menutup mulut. Mereka berkata, “Jangan katakan hal yang benar kepada kami, tetapi katakan hal yang ingin kami dengar. Biarlah kami berkhayal.
11 Ke tepi! Jangan halangi kami. Kami tidak mahu mendengar tentang Allah Israel, Allah kamu yang suci.”
12 Tetapi inilah firman Allah Israel, Allah yang suci, “Kamu tidak menghirau firman-Ku dan kamu bergantung kepada kekerasan serta penipuan.
13 Kamu bersalah. Kamu seperti tembok tinggi yang retak dari atas sampai ke bawah. Dengan tiba-tiba kamu akan roboh.
14 Kamu akan hancur seperti belanga, dan begitu luluh sehingga tiada bahagian yang dapat digunakan untuk mengambil bara, atau untuk mencedok air dari tempayan.”