19 Di manakah dewa-dewa negeri Hamat dan Arpad sekarang? Di manakah dewa-dewa negeri Sefarwaim? Pernahkah sesiapa menyelamatkan Samaria?
20 Dewa yang manakah pernah menyelamatkan negerinya daripada raja kami? Mengapakah kamu berfikir bahawa TUHAN dapat menyelamatkan Yerusalem?”
21 Rakyat diam sahaja seperti yang diperintahkan oleh Raja Hizkia. Mereka tidak mengeluarkan sepatah kata pun.
22 Kemudian Elyakim, Sebna, dan Yoah mengoyakkan pakaian mereka kerana sedih. Mereka pergi melaporkan kata-kata pegawai Asyur itu kepada Raja Hizkia.