10 di Yehuda. Demikian bunyi surat itu, “Allah yang kamu percayai telah berjanji bahawa kamu tidak akan jatuh ke dalam tangan beta, tetapi jangan ditipu oleh janji itu.
11 Kamu telah mendengar apa yang dilakukan oleh raja-raja Asyur terhadap setiap negeri yang hendak dimusnahkan mereka. Jangan sangka kamu akan terlepas.
12 Nenek moyang beta memusnahkan kota Gozan, Haran, dan Rezef, serta membunuh orang Eden yang tinggal di Telasar. Tidak satu pun daripada dewa mereka dapat menyelamatkan mereka.
13 Di manakah raja-raja kota Hamat, Arpad, Sefarwaim, Hena, dan Iwa sekarang?”
14 Raja Hizkia mengambil surat itu daripada para utusan, lalu membacanya. Kemudian baginda pergi ke Rumah TUHAN, membentangkan surat itu di hadirat TUHAN
15 dan berdoa,
16 “Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, Engkau yang bersemayam di atas kerub, Engkau satu-satunya Allah yang memerintah semua kerajaan di dunia. Engkau mencipta langit dan bumi.