30 Kemudian Yesaya mengirim perkhabaran kepada Raja Hizkia, “Perkara ini akan menjadi suatu tanda bagi tuanku: Pada tahun ini dan tahun yang akan datang, tuanku akan makan gandum yang tumbuh sendiri. Tetapi pada tahun berikutnya, tanamlah gandum dan anggur, dan nikmatilah hasilnya.
31 Penduduk Yehuda yang terselamat akan makmur seperti tumbuhan yang berakar umbi dan berbuah.
32 Baik di Yerusalem mahupun di Bukit Sion akan ada orang yang terselamat kerana TUHAN Yang Maha Kuasa telah menentukan bahawa perkara ini akan berlaku.
33 Inilah firman TUHAN tentang raja Asyur, ‘Dia tidak akan masuk ke Yerusalem, ataupun melepaskan sebatang anak panah pun ke arahnya. Askar-askar yang berperisai tidak akan mendekati kota ini. Mereka tidak akan membuat timbunan tanah untuk mengepungnya.
34 Raja Asyur akan pulang melalui jalan yang diikutinya ketika datang, tanpa memasuki kota ini. Aku, TUHAN telah berfirman.
35 Demi kehormatan-Ku sendiri dan demi janji-Ku kepada hamba-Ku, Daud, Aku akan membela kota ini serta melindunginya.’ ”
36 Kemudian satu malaikat TUHAN pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar. Pagi-pagi keesokan harinya mereka semua telah mati!