32 Baik di Yerusalem mahupun di Bukit Sion akan ada orang yang terselamat kerana TUHAN Yang Maha Kuasa telah menentukan bahawa perkara ini akan berlaku.
33 Inilah firman TUHAN tentang raja Asyur, ‘Dia tidak akan masuk ke Yerusalem, ataupun melepaskan sebatang anak panah pun ke arahnya. Askar-askar yang berperisai tidak akan mendekati kota ini. Mereka tidak akan membuat timbunan tanah untuk mengepungnya.
34 Raja Asyur akan pulang melalui jalan yang diikutinya ketika datang, tanpa memasuki kota ini. Aku, TUHAN telah berfirman.
35 Demi kehormatan-Ku sendiri dan demi janji-Ku kepada hamba-Ku, Daud, Aku akan membela kota ini serta melindunginya.’ ”
36 Kemudian satu malaikat TUHAN pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar. Pagi-pagi keesokan harinya mereka semua telah mati!
37 Kemudian Raja Sanherib, raja Asyur berundur dan pulang ke Niniwe.
38 Pada suatu hari, ketika raja Asyur sedang beribadat di dalam kuil dewanya, Nisrokh, baginda dibunuh dengan pedang oleh dua orang puteranya, Adramelekh dan Sarezer. Selepas itu, mereka lari ke tanah Ararat. Esarhadon, puteranya yang lain menggantikan baginda sebagai raja.