35 Demi kehormatan-Ku sendiri dan demi janji-Ku kepada hamba-Ku, Daud, Aku akan membela kota ini serta melindunginya.’ ”
36 Kemudian satu malaikat TUHAN pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar. Pagi-pagi keesokan harinya mereka semua telah mati!
37 Kemudian Raja Sanherib, raja Asyur berundur dan pulang ke Niniwe.
38 Pada suatu hari, ketika raja Asyur sedang beribadat di dalam kuil dewanya, Nisrokh, baginda dibunuh dengan pedang oleh dua orang puteranya, Adramelekh dan Sarezer. Selepas itu, mereka lari ke tanah Ararat. Esarhadon, puteranya yang lain menggantikan baginda sebagai raja.