5 Apabila Yesaya menerima berita daripada Raja Hizkia,
6 dia memberikan jawapan ini: “TUHAN berfirman bahawa tuanku tidak usah takut terhadap orang Asyur yang mengatakan TUHAN tidak dapat menyelamatkan tuanku.
7 TUHAN akan menyebabkan raja Asyur mendengar suatu khabar angin sehingga baginda pulang ke negerinya sendiri. TUHAN akan membiarkan raja Asyur dibunuh di sana.”
8 Pegawai Asyur mendengar bahawa rajanya telah meninggalkan Lakhis dan sedang berperang dengan Libna, sebuah kota yang berdekatan. Oleh itu dia pergi ke sana hendak meminta nasihat.
9 Pada masa itu raja Asyur mendengar berita bahawa tentera Mesir yang dipimpin oleh Raja Tirhaka, raja Etiopia, datang untuk menyerang mereka. Apabila mendengar berita itu, raja Asyur mengirim sepucuk surat kepada Raja Hizkia,
10 di Yehuda. Demikian bunyi surat itu, “Allah yang kamu percayai telah berjanji bahawa kamu tidak akan jatuh ke dalam tangan beta, tetapi jangan ditipu oleh janji itu.
11 Kamu telah mendengar apa yang dilakukan oleh raja-raja Asyur terhadap setiap negeri yang hendak dimusnahkan mereka. Jangan sangka kamu akan terlepas.