2 Raja Hizkia menyambut kedatangan para utusan itu dan menunjukkan kekayaannya kepada mereka - perak dan emasnya, rempah-rempah dan minyak wangi, serta segala perlengkapan tenteranya. Tiada satu pun di gudangnya atau di seluruh kerajaannya yang tidak ditunjukkan kepada mereka.
3 Kemudian Nabi Yesaya menghadap Raja Hizkia dan bertanya, “Dari manakah semua orang ini, dan apa kata mereka?”Raja Hizkia menjawab, “Mereka datang dari Babilonia, negeri yang sangat jauh.”
4 “Apakah yang dilihat mereka di istana?” tanya Yesaya lagi.“Mereka melihat segala-galanya. Tiada satu pun di gudang yang tidak beta tunjukkan kepada mereka,” jawab Raja Hizkia.
5 Lalu Yesaya berkata kepada raja, “Menurut firman TUHAN Yang Maha Kuasa,
6 masanya akan tiba apabila segala sesuatu di istana tuanku, segala yang telah dikumpulkan oleh nenek moyang tuanku hingga hari ini, akan dibawa ke Babilonia. Tiada satu pun yang tinggal.
7 Beberapa orang daripada keturunan tuanku sendiri akan dibawa dan dijadikan sida-sida untuk bertugas di istana raja Babilonia.”
8 Raja Hizkia berfikir bahawa selama hidup baginda, kerajaannya akan aman dan damai. Oleh itu baginda menjawab, “Firman TUHAN yang kamu sampaikan itu baik.”