1 Pada masa itu kelak, tujuh orang wanita akan memegang seorang lelaki dan berkata, “Kami sanggup menanggung makanan dan minuman kami sendiri, tetapi benarkan kami berkata bahawa engkau suami kami, supaya kami tidak menanggung malu kerana tidak berkahwin.”
2 Masanya akan tiba apabila TUHAN membuat tiap-tiap tumbuhan dan pokok di negeri itu tumbuh dengan besar dan indah. Semua penduduk Israel yang selamat akan bersukacita dan bangga akan hasil bumi negeri itu.
3 Tiap-tiap orang yang tertinggal di Yerusalem, iaitu orang yang dipilih Allah supaya tetap hidup, akan disebut suci.
4 Dengan kuasa-Nya Tuhan akan menghakimi dan memurnikan bangsa itu. Dia akan menghapuskan kesalahan Yerusalem dan membersihkannya daripada darah yang telah ditumpahkan di situ.