3 Tiap-tiap orang yang tertinggal di Yerusalem, iaitu orang yang dipilih Allah supaya tetap hidup, akan disebut suci.
4 Dengan kuasa-Nya Tuhan akan menghakimi dan memurnikan bangsa itu. Dia akan menghapuskan kesalahan Yerusalem dan membersihkannya daripada darah yang telah ditumpahkan di situ.
5 Lalu di atas Bukit Sion dan di atas semua orang yang berkumpul di situ, TUHAN akan mendatangkan awan pada siang hari dan asap serta api yang bernyala-nyala pada waktu malam. Kemuliaan Allah akan menudungi dan melindungi seluruh kota itu.
6 Kemuliaan-Nya akan menaungi kota itu daripada kepanasan siang hari, dan menjadikan kota itu tempat yang terlindung daripada hujan dan ribut.