22 Dialah yang menguasai seluruh bumi;penduduk bumi kelihatan kecil seperti belalang.Dia membentangkan langit seperti kain,dan memasangnya seperti khemah untuk didiami.
23 Dia menjatuhkan pemerintah yang berkuasa,dan meniadakan kuasa mereka.
24 Mereka itu seperti tanaman muda,yang baru tumbuh akarnya.Apabila TUHAN menghembuskan angin,mereka kering dan diterbangkan seperti jerami.
25 Dengan siapakah dapat kamu samakan Allah Yang Maha Suci?Adakah sesiapa yang seperti Dia?
26 Pandanglah ke langit dan perhatikanlah!Siapakah yang menciptakan bintang-bintang?Dia yang menyuruh bintang keluar seperti pasukan askar,Dia tahu akan jumlahnya, dan memanggil nama setiap bintang!Kuasa-Nya amat besar -tidak satu bintang pun yang hilang!
27 Jika demikian, hai Israel, mengapakah kamu mengeluh,bahawa TUHAN tidak tahu akan kesusahan kamu,dan tidak mempedulikan hak kamu?
28 Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?TUHAN ialah Allah yang kekal;Dialah yang menciptakan seluruh bumi.Dia tidak pernah letih atau lesu.Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.