3 Terdengar suara orang berseru,“Sediakanlah jalan bagi TUHAN di padang gurun!Siapkanlah jalan di padang pasir bagi Allah kita!
4 Timbusilah tiap-tiap lembah;ratakanlah tiap-tiap gunung.Bukit-bukit akan menjadi dataran,dan tanah yang lekak-lekuk akan diratakan.
5 Lalu keagungan TUHAN akan dinyatakan,dan segenap umat manusia akan menyaksikannya.TUHAN sendiri telah menjanjikannya.”
6 Terdengar suara orang berseru,“Isytiharkanlah berita ini!”“Berita apa yang harus kuisytiharkan?” aku bertanya.“Isytiharkanlah bahawa manusia bagaikan rumput;mereka seperti bunga yang tidak tahan lama.
7 Rumput menjadi kering dan bunga pun layu,apabila TUHAN menghembuskan angin yang panas.Manusia juga sama seperti rumput.
8 Rumput menjadi kering dan bunga pun layu,tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya.”
9 Hai Yerusalem, naiklah ke atas gunung yang tinggidan isytiharkanlah berita baik!Hai Sion, berserulah dengan suara yang lantangdan umumkanlah berita baik!Berserulah dan jangan takut.Beritahulah kota-kota di Yehudabahawa Allah mereka akan datang!