11 Orang yang marah terhadap kamuakan kalah dan dipermalukan.Orang yang melawan kamu akan matidan lenyap dari muka bumi.
12 Kamu akan mencari orang yang menentang kamu,tetapi mereka tidak akan kamu temukan.Orang yang berperang melawan kamuakan binasa dan lenyap.
13 Akulah TUHAN, Allah kamu;Aku menguatkan kamu dan berfirman,‘Jangan takut, Aku akan menolong kamu.’ ”
14 TUHAN berfirman,“Walaupun kamu kecil dan lemah, hai Israel,jangan takut, Aku akan menolong kamu.Aku, Allah Israel, Allah yang suci,Akulah yang menyelamatkan kamu.
15 Aku akan menjadikan kamu seperti papan pengirikyang baru, tajam, dan bergigi.Kamu akan mengirik gunung dan memusnahkannya;bukit-bukit pun akan hancur menjadi debu.
16 Kamu akan menampi semuanya,lalu semua itu diterbangkan angin,dan dihamburkan taufan.Lalu kamu akan bersukacita kerana Aku Allah kamu;kamu akan memuji Aku,Allah Israel, Allah yang suci.
17 Ketika umat-Ku yang sengsara memerlukan air,ketika tekak mereka kering kerana kehausan,Aku, TUHAN akan mengabulkan doa mereka;Aku, Allah Israel, tidak sekali-kali akan meninggalkan mereka.