18 Aku akan menyebabkan sungai mengalir di bukit-bukit yang gondol,dan mata air memancar di lembah-lembah.Aku akan mengubah padang gurun menjadi kolam-kolam airdan air memancar dari tanah yang kering.
19 Di padang gurun Aku akan menumbuhkan pokok sedar,pokok akasia, pokok kemunting, dan pokok zaitun.Tanah yang gondol akan menjadihutan pokok pain, pokok juniper, dan pokok sipres.
20 Maka semua orang akan melihatnya dan mengetahuibahawa Aku, TUHAN,yang melakukannya.Mereka akan memperhatikan dan mengertibahawa Allah Israel, Allah yang suci telah melakukannya.”
21 Demikianlah TUHAN, raja Israel berfirman,“Hai dewa bangsa-bangsa, ajukanlah perkara kamu,dan kemukakanlah alasan-alasannya!
22 Marilah dan ramalkanlah hal yang akan berlaku,supaya kami tahu ketika perkara itu berlaku.Terangkanlah kejadian masa lampau,dan jelaskanlah ertinya kepada kami.
23 Ramalkanlah hal-hal yang akan berlaku,supaya kami tahu bahawa kamu benar-benar ilahi!Lakukanlah sesuatu yang baik, atau sesuatu yang jahat;supaya kami tercengang ketakutan!
24 Kamu dan perbuatan kamu tidak bererti apa-apa;orang yang menyembah kamu menjijikkan sahaja.