2 Siapakah yang mendatangkan penakluk dari timur,dan memberinya kemenangan ke mana sahaja dia pergi?Siapakah yang memberi dia kemenangan terhadap raja-raja dan bangsa-bangsa?Pedangnya menetak mereka seolah-olah mereka itu debu.Panahnya mencerai-beraikan mereka seperti jerami yang ditiup angin.
3 Dia mengejar mereka dan maju tanpa rintangan,begitu laju sehingga hampir tidak menyentuh tanah!
4 Siapakah yang membolehkan semua itu berlaku?Siapakah yang menentukan sejarah?Aku, TUHAN adalah yang pertama,dan Aku tetap ada sampai penghabisan.
5 Penduduk negeri-negeri jauh telah melihat perbuatan-Ku;mereka terkejut dan gementar ketakutan.Oleh itu mereka semua datang dan berkumpul.
6 Semua orang saling menolong,dan saling menguatkan hati.
7 Tukang kayu menguatkan hati tukang emas,dan orang yang memipihkan logam dengan tukul,memuji orang yang menempa logam pada landasan.Mereka berkata tentang pematerian,‘Sungguh baik hasil kerja ini.’Lalu mereka menguatkan patung itu dengan paku.
8 Tetapi kamu Israel, hamba-Ku,adalah umat pilihan-Ku,kamu keturunan Abraham, sahabat-Ku.