4 Siapakah yang membolehkan semua itu berlaku?Siapakah yang menentukan sejarah?Aku, TUHAN adalah yang pertama,dan Aku tetap ada sampai penghabisan.
5 Penduduk negeri-negeri jauh telah melihat perbuatan-Ku;mereka terkejut dan gementar ketakutan.Oleh itu mereka semua datang dan berkumpul.
6 Semua orang saling menolong,dan saling menguatkan hati.
7 Tukang kayu menguatkan hati tukang emas,dan orang yang memipihkan logam dengan tukul,memuji orang yang menempa logam pada landasan.Mereka berkata tentang pematerian,‘Sungguh baik hasil kerja ini.’Lalu mereka menguatkan patung itu dengan paku.
8 Tetapi kamu Israel, hamba-Ku,adalah umat pilihan-Ku,kamu keturunan Abraham, sahabat-Ku.
9 Aku membawa kamu dari hujung bumi;Aku memanggil kamu dari tempat-tempat yang terjauh.Aku berfirman, ‘Kamu hamba-Ku.’Aku tidak menolak kamu, sebaliknya Aku memilih kamu.
10 Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.Aku akan menguatkan dan menolong kamu;Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.