1 Hai Israel, demikianlah firman TUHANyang telah menciptakan kamu,“Janganlah takut! Aku akan menyelamatkan kamu.Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu,kamu milik-Ku.
2 Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu;kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar;kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.
3 Akulah TUHAN, Allah kamu,Allah Israel, Allah yang suci, yang telah menyelamatkan kamu.Aku akan menyerahkan Mesir untuk menebus kamu;Aku akan menyerahkan Etiopia dan Seba untuk membebaskan kamu.
4 Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawa kamu,kerana kamu berharga bagi-Ku,dan kerana Aku mengasihi serta mengendahkan kamu.
5 Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.Dari timur dan baratAku akan membawa anak cucu kamu pulang.
6 Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka,dan negeri di selatan membebaskan mereka.Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh,dari segala pelosok dunia.
7 Merekalah umat-Ku,Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan Aku.”