10 Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku;Aku memilih kamu menjadi hamba-Kusupaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku,dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah.Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain;baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang.
11 Hanya Akulah TUHAN,Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.
12 Aku bernubuat tentang hal-hal yang akan berlaku,lalu Aku datang menolong kamu.Tiada dewa asing yang pernah berbuat hal seperti itu;kamulah saksi-Ku.
13 Akulah Allah, dan Aku tetap Allah selama-lamanya.Tiada seorang pun dapat melepaskan diri daripada kuasa-Ku;tiada sesiapa pun dapat menghalang Aku bertindak.”
14 Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN yang menyelamatkan kamu berfirman,“Aku akan mengirim tentera untuk menyelamatkan kamu dari Babel;Aku akan merobohkan pintu-pintu gerbang,lalu sorak-sorai penduduk Babel akan berubah menjadi tangisan.
15 Akulah TUHAN, Allah kamu, Allah yang suci.Akulah pencipta kamu, hai Israel, Akulah raja kamu.”
16 Dahulu TUHAN membuat jalan melalui laut,jalan melalui air yang bergelora.