21 Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri,mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”
22 TUHAN berfirman,“Namun hai Israel, kamu telah bosan dengan Aku,kamu tidak lagi menyembah Aku.
23 Kamu tidak membawa domba sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku;kamu tidak menghormati Aku dengan korban yang kamu persembahkan.Padahal Aku tidak membebani kamu dengan meminta persembahanatau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan.
24 Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku,ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan.Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu;kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.
25 Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu,dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku.Aku tidak akan mengingat dosa kamu.
26 Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu!Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!
27 Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa;para pemimpin kamu pun berdosa terhadap Aku,