24 Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku,ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan.Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu;kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.
25 Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu,dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku.Aku tidak akan mengingat dosa kamu.
26 Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu!Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!
27 Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa;para pemimpin kamu pun berdosa terhadap Aku,
28 dan para imam kamu menajiskan tempat kediaman-Ku.Itulah sebabnya Aku membinasakan Israel,Aku membiarkan umat-Ku dihinakan.”