5 Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.Dari timur dan baratAku akan membawa anak cucu kamu pulang.
6 Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka,dan negeri di selatan membebaskan mereka.Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh,dari segala pelosok dunia.
7 Merekalah umat-Ku,Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan Aku.”
8 Allah berfirman, “Perintahlah umat-Ku datang menghadap.Mereka mempunyai mata, tetapi buta;mereka mempunyai telinga, tetapi pekak!
9 Perintahlah semua bangsa dan suku berhimpun.Siapakah antara mereka dapat meramalkan masa depan,dan memberitahukan apa yang berlaku sekarang?Biarlah mereka menghadapkan saksi-saksiuntuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah,dan bahawa kata-kata mereka benar.
10 Hai umat Israel, kamulah saksi-Ku;Aku memilih kamu menjadi hamba-Kusupaya kamu mengenal Aku serta percaya kepada-Ku,dan mengerti bahawa Aku satu-satunya Allah.Selain Aku, tidak ada tuhan-tuhan lain;baik pada masa dahulu, mahupun pada masa akan datang.
11 Hanya Akulah TUHAN,Aku sahaja yang dapat menyelamatkan kamu.