1 TUHAN berfirman,“Dengarlah, hai hamba-Ku Israel,hai umat pilihan-Ku, keturunan Yakub.
2 Akulah TUHAN yang telah menciptakan kamu,yang membentuk kamu semasa kamu dalam kandungan,dan Aku akan menolong kamu.Janganlah takut; kamu hamba-Ku,umat pilihan-Ku yang Aku kasihi.
3 Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang,dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering.Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu,Aku akan memberkati keturunan kamu.
4 Mereka akan tumbuh subur seperti rumput di tempat yang berair,seperti pokok gandarusa di tepi sungai yang mengalir.