16 Sebahagian kayu itu digunakan untuk menyalakan api. Lalu dia memanggang daging, memakan daging itu, dan berasa puas. Dia juga berdiang sambil berkata, “Alangkah baik dan hangatnya api itu!”
17 Kayu yang selebihnya dijadikan patung berhala, lalu dia sujud dan menyembahnya. Dia berdoa kepada berhala itu dan berkata, “Engkaulah tuhanku; selamatkanlah aku!”
18 Orang seperti itu terlalu bodoh untuk memahami perbuatan mereka itu. Mereka memejamkan mata dan menutup fikiran sehingga tidak mengetahui apa yang benar.
19 Mereka yang membuat patung-patung itu tidak terfikir untuk berkata, “Sebahagian kayu itu aku bakar; apinya aku gunakan untuk membakar roti dan aku memanggang daging, lalu aku memakannya. Kayu yang selebihnya aku jadikan berhala. Lihatlah, yang aku sembah itu hanya sepotong kayu!”
20 Perbuatan itu sama sahaja dengan memakan abu. Fikirannya disesatkan sehingga dia tidak dapat ditolong lagi. Dia tidak mahu mengaku bahawa berhala yang dipegangnya itu bukan tuhan.
21 TUHAN berfirman,“Ingatlah, hai Israel;ingatlah bahawa kamu hamba-Ku.Aku menciptakan kamu untuk menjadi hamba-Ku;Aku tidak akan melupakan kamu.
22 Aku telah menghapus segala dosa kamu seperti awan dibawa angin.Kembalilah kepada-Ku, kerana Akulah yang menyelamatkan kamu.”