24 “Akulah TUHAN Penyelamat kamu;Akulah yang menjadikan kamu.Akulah TUHAN Pencipta segala sesuatu.Aku sendiri yang membentangkan langit;Aku menciptakan bumi tanpa bantuan.
25 Aku mempermainkan tukang tilik,Aku menggagalkan ramalan ahli nujum.Aku membantah pendapat orang bijak,dan menyatakan bahawa kebijaksanaan mereka itu kebodohan.
26 Tetapi apabila hamba-Ku bernubuat,apabila Aku mengutus hamba-Ku untuk menyatakan rancangan-Ku,Aku melaksanakan nubuat dan rancangan itu.Aku berfirman bahawa Yerusalem akan didiami semula,dan kota-kota Yehuda akan dibina semula.Kota-kota itu akan bangkit daripada runtuhan.
27 Demi perintah-Ku, laut menjadi kering.
28 Aku berfirman kepada Kores, ‘Engkaulah yang akan memerintah bagi-Ku;engkau akan bertindak menurut kehendak-Ku:engkau akan memberikan perintah untuk membina Yerusalem semula,dan untuk meletakkan asas Rumah-Ku.’ ”